KELAB Media Elit Kedah D (baju merah) dan Nasmir Holdings Sdn Bhd bergambar kenangan.
KELAB Media Elit Kedah D (baju merah) dan Nasmir Holdings Sdn Bhd bergambar kenangan.

Alor Setar: Kelab Media Elit Kedah D (KMEK D) dan Nasmir Holdings Sdn Bhd (NHSB) masing masing mengungguli kategori terbuka dan media pada Kejohanan Futsal Intermedia Zon Utara 2016 (KFZU) pada 27 Ogos lalu sempena Hari Kebangsaan.

Selaku juara, KMEK D menerima wang tunai RM1,000, Komuniti 1 Malaysia (RM700) di tempat kedua, sementara PKNK dan SRCC Padang Terap, masing-masing RM250 di tempat ketiga dan keempat.

Bagi kategori media pula, jumlah wang tunai sama ditawarkan seperti kategori terbuka, menyaksikan Nasmir Holdings Sdn Bhd unggul di tempat pertama, Mutiara B (kedua), Kelab Media Perak (ketiga) dan Kelab Mutiara A (keempat).

Kejohanan anjuran Kelab Media Elit Kedah (KMEK) dengan kerjasama Nasmir Holdings Sdn Bhd itu di D Futsal Centre, Titi Gajah, dekat sini, disertai 23 pasukan.

Kelab Media Elit Kedah (KMEK) menghantar empat pasukan iaitu tiga pasukan untuk kategori media dan satu pasukan untuk kategori terbuka, manakala Kelab Media Pulau Pinang diwakili oleh dua pasukan dan masing-masing Perak dan jemputan Nasmir, satu pasukan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 September 2016 @ 12:50 PM