SEBAHAGIAN pengamal media dari Kedah, Perlis dan Pulau Pinang yang menyertai Kejohanan Futsal Media Utara 2022, semalam. FOTO IZAD THAQIF HASSAN
SEBAHAGIAN pengamal media dari Kedah, Perlis dan Pulau Pinang yang menyertai Kejohanan Futsal Media Utara 2022, semalam. FOTO IZAD THAQIF HASSAN
Izad Thaqif Hassan


Sungai Petani: Dua wakil Kelab Media Elit Kedah (KMEK) ternyata unggul apabila bertarung sesama sendiri di final Kejohanan Futsal Media Utara 2022 di Amanjaya Sports Arena, semalam.

Perlawanan antara KMEK A dan KMEK B itu ternyata mencuri tumpuan apabila saling berbalas serangan dan terikat 3-3, sebelum KMEK B muncul juara menerusi penentuan sepakan penalti.

Penjaga gol KMEK B, Mohd Rafie Azimi berjaya menepis bola sepakan penalti terakhir diambil pemain KMEK A, Abd Hadi Che Awang membolehkan KMEK B muncul juara dengan jaringan 3-2.

KMEK A pula di tempat kedua manakala tempat ketiga dimenangi Persatuan Wartawan Perlis B (PWP B) .

Sebanyak enam pasukan terdiri daripada KMEK A, KMEK B, PWP A serta PWP B dan Kelab Media Mutiara Pulau Pinang (Mutiara A dan B) menyertai kejohanan itu.

Kejohanan turut diserikan dengan perlawanan persahabatan antara wakil pasukan futsal Murtadha Dakwah Centre (Madad) menentang pasukan pilihan media utara.

Timbalan Presiden KMEK, M Hifzuddin Ikhsan berkata, kejohanan itu dianjurkan bagi mengeratkan lagi hubungan antara petugas media terutama di kawasan utara.

Hadiah kepada pemenang disampaikan Ketua Operasi Hang Cangkul Madad, Muhammad Ridzuan Osman.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 September 2022 @ 4:03 PM