Cik Pang

Diikutkan, sudah beberapa kali Cik Pang dengar pasal penyanyi Sabhi Saddi yang didakwa tidak boleh menyanyi secara langsung. Terbaru, seorang teman berkongsi kisah masa menghadiri satu acara tertutup di ibu kota.

Tapi ini bukan sekadar tidak boleh menyanyi secara langsung atau live tapi lebih teruk lagi. Biar betul. Kata teman Cik Pang, dia tidak sangka penyanyi itu sebenarnya tidak berkemampuan menyanyi secara langsung lantas terpaksa menggunakan penyanyi ‘double’ di belakang pentas.

Ketika membuat persembahan, penyanyi itu didakwa ‘kantoi’ pada beberapa bahagian lagu, hinggakan ternampak mulut dan lirik tak seiring.

Kebetulan teman Cik Pang ini pula jenis perangai ‘pegawai penyiasat’ dan dia cuba mengintai apa sebenarnya yang berlaku.

Pada mulanya dia ingat penyanyi yang pernah popular dengan lagu Cinta Sesungguhnya itu menyanyi secara miming tapi selepas melihat sendiri, baharulah dia dapat tahu rupa-rupanya menggunakan penyanyi lain.

Teman Cik Pang akui kecewa sebab dia antara peminat yang mengagumi penyanyi yang juga pelakon itu.

Tapi selepas insiden itu, dia mula berasa berbelah bagi untuk teruskan minat atau tidak.

Walaupun teman Cik Pang kecewa, Cik Pang pula percaya penyanyi itu terpaksa berbuat demikian kerana mungkin dia berdepan masalah kesihatan.

Sebabnya, apa dilakukan Sabhi bukan baru malah pernah berlaku kepada beberapa penyanyi hebat serta popular dalam dan luar negara. Cuma mungkin mereka tidak pernah ‘kantoi’ di depan peminat.

Buat peminat, janganlah disebabkan hal kecil itu terus membenci penyanyi kesayangan mereka pula.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 September 2016 @ 5:08 AM