LELAKI dan perempuan boleh mengenakan kemeja-T berkenaan.
LELAKI dan perempuan boleh mengenakan kemeja-T berkenaan.
REKAAN beg sandang berwarna hitam.
REKAAN beg sandang berwarna hitam.
TOPI hitam menonjol apabila dipadankan dengan warna terang.
TOPI hitam menonjol apabila dipadankan dengan warna terang.
LAMBANG keringkasan pada warna hitam.
LAMBANG keringkasan pada warna hitam.
Oleh Nurul Husna Mahmud

'Hitam ialah putih yang baru' adalah tema yang menangkap perhatian bagi koleksi terbaru Universe Limited Corporation diasaskan oleh Faiz Johari.

Tema berkenaan mahu mencabar kreativiti artisnya dalam menampilkan sisi menarik rekaan serba hitam pada kemeja-T serta aksesori topinya.

Menurut Faiz, kebanyakan rekaan ditampilkan dalam setiap produk jenamanya diilhamkan daripada kecenderungan minat anak muda tempatan terhadap muzik, seni jalanan mahupun sukan ekstrem seperti berbasikal bukit atau skateboard.

"Warna hitam adalah dominan dan maknanya bukan sekadar gelap tetapi interpretasi berani mahupun elegan mempunyai suntikan positif.

"Kebiasaannya orang memandang ia hanya simbolik kelam, sedangkan bagi anak muda biasa sukakan sukan lasak mahupun seni muzik atau seni lebih lantang, ia elemen dorongan yang kuat. Jadi itu menjadi ilham kami pada versi keluaran rekaan keempat ini," katanya.

Menampilkan produk berkualiti, baik kemeja T atau aksesori topi, jenamanya menggunakan kualiti fabrik premium yang selesa dipakai. Harga ditawarkan berpatutan iaitu semurah RM29 untuk topi dan serendah RM40 bagi kemeja T.

Sesiapa yang berminat mendapatkan produk jenama berkenaan boleh melayari laman sosial facebook, Instagram mahupun Twitter.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Disember 2014 @ 5:03 AM