Jonas (memegang bendera) pada majlis pembukaan Sukan Olimpik Rio. FOTO GETTY
Jonas (memegang bendera) pada majlis pembukaan Sukan Olimpik Rio. FOTO GETTY

Rio de Janeiro: Peninju membawa bendera Namibia pada upacara pembukaan Sukan Olimpik ditahan kerana serangan seksual, menurut polis dan ia adalah kes kedua mengejutkan temasya itu.

Jonas Junias Jonas, 22, ditahan Ahad lalu kerana menyerang seorang amah wanita yang bertugas membersihkan bilik di perkampungan sukan di Rio de Janeiro, menurut jurucakap polis.

Penahanan itu dibuat dua hari selepas polis menahan peninju Maghribi Hassan Saada, 22, kerana melakukan serangan seksual terhadap dua amah di perkampungan sukan.

Laman berita Brazil G1 melaporkan Jonas mencium dan meraba amah terbabit ketika dia sedang membersihkan bilik sambil jurulatihnya yang berdiri menyaksikannya.

"Dia membersihkan sebuah bilik lain. Dia meraba dari belakang dan mencium lehernya," menurut jurucakap polis Carolina Salomao memberitahu G1.

Jonas dijadualkan bertarung dengan peninju Perancis Hassan Amzile Khamis ini dalam kategori light welterweight class.

Saada yang masih ditahan diberikan kekalahan automatik dalam saingan kelayakan kategori light heavyweight. AFP

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Ogos 2016 @ 5:21 PM