ONANA cemerlang saat akhir.
ONANA cemerlang saat akhir.
Reuters

LISBON: Penjaga gol Ajax Amsterdam, Andre Onana akhirnya dijulang sebagai wira sekalipun awalnya menghadiahkan tuan rumah gol apabila kelab Belanda itu seri 1-1 dengan Benfica dalam saingan Liga Juara-Juara, awal pagi tadi.

Jonas meletakkan Benfica di depan menerusi jaringan pada minit ke-29 selepas penjaga gol Cameroon berusia 22 tahun itu melakukan kesilapan berganda tetapi Dusan Tadic berjaya menyamakan kedudukan buat Ajax pada minit ke-61.

Bagaimanapun, Onana muncul wira apabila menggagalkan percubaan Rafa Silva pada masa kecederaan selain menyelamatkan rembatan pemain tengah Benfica, Gabriel.

Keputusan seri itu menyaksikan Ajax semakin hampir untuk mara ke pusingan 16 terbaik buat kali pertama sejak musim 2005/2006.

Kelab Belanda itu ketika ini berada di kedudukan kedua dengan mengumpul lapan mata selepas mengharungi empat perlawanan, empat mata di depan Benfica yang berada di tangga ketiga.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 November 2018 @ 12:41 PM