JONAS (kiri) menggayakan fesyen hampir sama dengan Malik.
JONAS (kiri) menggayakan fesyen hampir sama dengan Malik.
Michelle Gun


Selepas hampir empat bulan berpisah dengan model Gigi Hadid, penyanyi Joe Jonas tampil membuka mulut bercerita mengenai perasaannya selepas putus dengan bekas kekasihnya itu.

Ketika ditemubual Daily Mail, Jonas, 16, tidak menduga Hadid menjalin hubungan dengan bekas anggota One Direction, Zayn Malik dua minggu selepas mereka berpisah.

“Tindakan Hadid memang menarik kerana dia begitu cepat meneruskan hidupnya dengan mencari kekasih baru,” katanya.

Pernah muncul di tempat awam mengayakan fesyen hampir sama dengan Malik, anggota kumpulan DNCE itu berasa pelik kerana sering kali dibandingkan dengan penyanyi British berkenaan.

“Lucu betul orang sering membandingkan saya dengan Malik sejak beberapa tahun lalu.

“Secara jujurnya, saya belum mendengar muzik Malik, namun mengetahui dia berbakat dalam nyanyian,” katanya.

Ada pihak membuat spekulasi persamaan di antara dua penyanyi berkenaan menyebabkan Hadid mudah tertarik dengan Malik.

Pada Februari lalu, Malik didapati meniru Jonas dengan mewarnakan rambutnya kepada merah jambu.

Malah sebelum ini, dua penyanyi berkenaan turut kelihatan memakai baju jenama Kenzo dan jaket kulit sama pada 2012.

Jonas dan Hadid bercinta pada June tahun lalu, namun hubungan mereka hanya bertahan selama lima bulan.

Berikutan perpisahan itu penyanyi berkenaan dikatakan berpindah keluar dari kediaman Hadid di Los Angeles.

Tidak lama selepas itu, khabar angin Hadid dan Malik bercinta mula tersebar di Internet.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 April 2016 @ 10:45 AM