Ketua JSJ Perak Senior Asisten Komisioner Gan Tian Kee (kanan) mendahului menandatangani deklarasi membasmi perjudian di negeri itu disaksikan Ketua Polis Perak Datuk Seri Abd Rahim Hanafi (tengah) dan Timbalannya Datuk Hasnan Hassan (dua dari kiri). - Fot SUPIAN AHMAD

BERNAMA

Ipoh: Semua Ketua Polis Daerah (KPD) serta Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) di Perak berdepan tindakan tegas jika gagal menangani kewujudan premis yang menjalankan aktiviti perjudian dalam talian.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi berkata bagi memastikan negeri itu bebas aktiviti perjudian dalam talian, Ketua JSJ, timbalan ketua JSJ serta 15 KPD dari setiap daerah menandatangani pengakuan atau deklarasi berkaitan hari ini.

"Jika kegiatan judi dalam talian ini kembali dikesan di premis-premis, semua pegawai yang menandatangani deklarasi ini akan dipertanggungjawabkan terutama ketua polis daerah," katanya selepas Majlis Pengakuan/Deklarasi di Mes Pegawai Kanan Kanan di sini, hari ini.

Menurut Abdul Rahim, ada 133 pusat hiburan keluarga yang mempunyai lesen sah pihak berkuasa tempatan (PBT) beroperasi di Perak.

Abdul Rahim berkata pihaknya akan bekerjasama dengan PBT untuk melakukan pemantauan di semua premis berkenaan bagi memastikan pemilik tidak melanggar undang-undang.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Ogos 2016 @ 4:32 PM