KETUA Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd (kanan) bersama Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Johor, Kamarul Zaman Mamat menunjukkan mesin yang digunakan untuk aktiviti perjudian haram atas talian yang dirampas. FOTO Zulkarnain Ahmad Tajuddin

Izlaily Nurul Ain Hussein

Johor Bahru: Polis Johor merampas 6,782 mesin dan komputer riba yang dipercayai digunakan untuk aktiviti perjudian atas talian yang dianggarkan bernilai RM3.39 juta sejak awal tahun ini hingga 15 April lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, bagi tempoh sama, sebanyak 637 serbuan dilakukan dan seramai 2,297 individu ditahan.

"Sebanyak 128 kes sudah pun dituduh di mahkamah sepanjang tempoh berkenaan.

"Kita akan terus menjalankan operasi secara berterusan bagi membasmi kegiatan perjudian atas talian ini," katanya ketika sidang media selepas Perhimpunan Bulanan April 2016 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, hari ini.

Beliau berkata, dalam satu mesyuarat bersama semua Ketua Polis Daerah (KPD) semalam, beliau sudah mengingatkan setiap daerah mengambil tindakan ke atas premis yang disyaki menjalankan perniagaan perjudian dalam talian.

"Masalah ini masih berleluasa dan saya mengingatkan semua KPD supaya mengambil tindakan dan orang ramai diminta bekerjasama menyalurkan maklumat berhubung kegiatan seumpama ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 April 2016 @ 12:22 PM