DARWISY Satie bersama ibu, Norhasimah dan kakak Norain Safie, ketika ditemui di HKL, semalam.
DARWISY Satie bersama ibu, Norhasimah dan kakak Norain Safie, ketika ditemui di HKL, semalam.

Kuala Lumpur: “Selama tiga minggu saya berada di Hospital Kuala Lumpur (HKL) ketika Ramadan lalu untuk menjaga anak yang didiagnos sakit kanser mengajar saya erti ketabahan untuk menghadapi sebarang kemungkinan di hari mendatang,” kata Norhasimah Kasim, 41.

Norhasimah berkata, anak bongsunya itu, Darwisy Satie Ngatimin berusia tiga tahun disahkan menghidap kanser saraf tahap empat, pada April lalu.

“Ketika mengetahui keadaan Darwisy, dunia kami sekeluarga seakan-akan gelap dan sukar menerima hakikat anak sekecil itu perlu menanggung beban kesakitan dan rawatan berterusan.

“Saya sedih dengan nasib menimpa anak saya, terutama ketika selepas menjalani rawatan kimoterapi, namun sokongan dari segi mental dan emosi daripada kami sekeluarga juga penting baginya untuk bebas daripada penyakit itu,” katanya ketika ditemui di Majlis Jalinan Kasih Aidilfitri di Kuala Lumpur International Hotel (KLIH), di sini, semalam.

Majlis dianjurkan oleh Kumpulan Ibu Bapa dan Sokongan Anak-Anak Kanser KK3, HKL (HKL-KIDS) itu bertujuan membawa kegembiraan kepada kira-kira 100 kanak-kanak pesakit kanser yang mendapatkan rawatan di Wad Onkologi hospital itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Ogos 2016 @ 5:35 AM