KHAIRUL (kiri) dan Nur Aqilah   dinobatkan Olahragawan dan Olahragawati SUKMA ke-18.
KHAIRUL (kiri) dan Nur Aqilah dinobatkan Olahragawan dan Olahragawati SUKMA ke-18.

Kuching: Seperti dijangka Raja Pecut Baru negara, Khairul Hafiz Jantan atau dikenali sebagai ‘The Flying Machine’ berjaya dinobatkan sebagai Olahragawan Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak di Majlis Penutupan Rasmi di Stadium Sarawak, Petra Jaya semalam.

Berjaya memecahkan rekod kebangsaan 100 meter lelaki milik Watson Nyambek 10.30 saat dengan catatan baru 10.18s memberi kesan kepada pemilihan berkenaan selain menghadiahkan kontinjen Melaka empat emas dalam acara olahraga.

Anak kelahiran Bukit Katil itu berjaya meraih emas dalam acara 200m dan membentuk gandingan mantap bersama Badrul Hisyam Abdul Manap, Asnawi Hashim dan Azam Masri untuk muncul juara dalam acara lari berganti 4x100m.

Lebih menarik dia juga mampu memberikan persembahan mantap dalam acara lari berganti 4x400 untuk memenangi emas bersama gandingan Badrul Hisyam, Azam dan Emyrul Haziq Borhan.

Walaupun tidak berjaya mencatat rekod kebangsaan dalam acara 200m, lari berganti 4x100 dan 4x400 namun kudrat Khairul Hafiz sekurang-kurangnya berjaya membolehkan rekod baru SUKMA dicatatkan dalam tiga acara berkenaan di temasya kali ini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Ogos 2016 @ 5:20 AM