ALEKSANDRA diiringi pegawai kastam selepas cubaannya menyeludup dadah dari Hong Kong digagalkan pihak berkuasa Bali.
ALEKSANDRA diiringi pegawai kastam selepas cubaannya menyeludup dadah dari Hong Kong digagalkan pihak berkuasa Bali.

Denpasar: Seorang wanita Russia berdepan hukuman mati kerana didakwa cuba menyeludup masuk syabu ke Pulau Bali, kata pegawai kastam semalam.

Aleksandra Magnaeva, 26, ditahan sejurus tiba di lapangan terbang pulau percutian itu menaiki penerbangan dari Hong Kong.

Ketua pegawai kastam di situ, Budi Harjanto berkata, apabila diperiksa mereka menemui dadah seberat 2.1 kilogram yang dibawa dalam dua begnya.

Bagaimanapun Budi tidak menyatakan nilai jualan dadah berkenaan.

“Hukuman maksimum bagi kesalahan ini ialah mati,” katanya.

Ketika disoal siasat, Aleksandra mengaku diminta teman lelakinya supaya menghantar bungkusan berkenaan kepada seseorang di Bali.

Budi berkata, Aleksandra mendakwa dia tinggal dengan kekasihnya di China.

Dadah itu pula, katanya, dibeli dari China dan dibawa ke Hong Kong.

“Dia mengaku baru sekali itu menyeludup dadah ke Bali, namun pernah melakukannya di beberapa negara lain di Asia, termasuk Thailand,” katanya. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Disember 2014 @ 5:04 AM