TENGKU Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra (tengah) menyampaikan Sumbangan Pengurusan Kepada Yayasan Islam Kelantan, (YIK) kepada  Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob (kanan) bersama Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan ( MAIK ), Dr. Nik Mohd Azlan Abd Hadi (kiri) di Majlis  Masjid at-Tohir Mukim Berangan di Tumpat. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

Siti Rohana Idris

Tumpat: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menyerahkan sumbangan pengurusan berjumlah RM1 juta kepada Yayasan Islam Kelantan (YIK) di Mashud At Tohir, di sini, tadi.

Sumbangan itu disampaikan oleh Tengku Mahkota Kelantan merangkap Yang Dipertua MAIK, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra kepada Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob mewakili pihak YIK.

Timbalan Yang Dipertua MAIK, Dr Nik Mohd Azlan Abd Hadi berkata, sumbangan itu adalah bersifat tahunan untuk kegunaan seluruh Maahad Tahfiz di Kelantan.

"Setiap tahun sumbangan pengurusan RM1 juta ini diberikan kepada YIK untuk kegunaan semua Maahad Tahfiz.

"Ia adalah wang zakat dari MAIK dan penyerahan pada hari ini adalah kerana di mukim Berangan ini juga ada sekolah di bawah YIK iaitu Maahad tahfiz Bustanul Arifin," katanya.

Terdahulu, Tengku Mahkota turut menunaikan Solat Jumaat bersama jemaah di masjid terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Julai 2016 @ 5:39 PM