MUHAMMAD Azlin (tengah) menunjukkan barang yang dirampas.
MUHAMMAD Azlin (tengah) menunjukkan barang yang dirampas.
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Subang Jaya: Polis berjaya menumpaskan geng pecah rumah dikenali Geng Tiong di sekitar daerah ini dengan tertangkapnya tiga suspek termasuk ketuanya pada 20 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Muhammad Azlin Sadari berkata, suspek pertama yang juga ketua kumpulan itu berusia 49 tahun ditahan di rumahnya di Bukit Puchong.

Menurutnya, dua lagi suspek masing-masing berusia 53 dan 48 tahun ditangkap pada hari sama di rumah mereka di Bukit Puchong dan Seapark, Petaling Jaya.

"Susulan daripada tangkapan suspek, polis berjaya merampas pelbagai alatan pecah rumah yang digunakan kumpulan terbabit.

"Kita percaya dapat menyelesaikan kira-kira lima kes pecah rumah di sekitar daerah ini dengan tertumpasnya kumpulan ini," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Julai 2016 @ 1:02 PM