GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


POLIS menahan pasangan kekasih yang aktif melakukan kegiatan pecah rumah di Petaling Jaya, kelmarin.

Pasangan berusia 30 tahun itu ditahan di rumah di sini, kira-kira 3 petang.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, kedua-dua suspek aktif melakukan pecah rumah di kawasan Kelana Jaya dan Seapark.

"Susulan beberapa kejadian pecah rumah yang berlaku, polis kemudian menyerbu rumah yang didiami suspek.

"Hasil pemeriksaan di rumah berkenan polis berjaya merampas barang kes yang dipercayai hasil curi," katanya.

Mohd Zani berkata, siasatan lanjut masih dijalankan bagi melihat pembabitan suspek terhadap jenayah jalanan terutama membabitkan kes pecah rumah.

"Suspek kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

"Polis percaya dengan tertangkapnya penjenayah ini dapat menyelesaikan banyak kes pecah rumah dan samun yang berlaku di daerah ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Mac 2018 @ 1:46 PM