MEGAT Mohd Aminuddin (tiga dari kiri) menunjukkan parang yang dirampas. FOTO Hafidzul Hilmi Mohd Noor
MEGAT Mohd Aminuddin (tiga dari kiri) menunjukkan parang yang dirampas. FOTO Hafidzul Hilmi Mohd Noor
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Serdang: Polis menumpaskan Geng Amy Keju yang bergiat aktif melakukan samun stesen minyak dan kedai serbaneka 24 jam dengan tertangkapnya dua lelaki, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohd Aminuddin Megat Alias berkata, suspek berusia 25 dan 29 ditahan ketika anggota polis melakukan rondaan cegah jenayah di Jalan Tiong, Puchong.

Menurutnya, siasatan mendapati suspek baru menyamun seorang wanita di kawasan yang sama.

"Pemeriksaan keatas suspek menemui tiga para yang digunakan untuk menyamun mangsa.

"Suspek kini direman selama empat hari untuk siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 April 2016 @ 3:11 PM