JUNAIDI (kanan) menunjukkan barang yang dirampas. FOTO Nabihah Kamal
JUNAIDI (kanan) menunjukkan barang yang dirampas. FOTO Nabihah Kamal
Oleh Nabihah Kamal


Sungai Buloh: Polis menumpaskan 'Geng Pailang' yang aktif melakukan samun kedai 24 jam, pecah rumah dan curi kereta di sekitar negeri ini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Junaidi Bujang berkata, kumpulan terbabit dianggotai empat lelaki berusia antara 19 hingga 23 tahun ditahan secara berasingan di Subang dan Puchong.

Menurutnya, suspek pertama ditahan di Kampung Melayu Subang dan susulan daripada tangkapan itu polis menyerbu bengkel di Putra Perdana, Puchong dan menahan tiga lagi ahli kumpulan terbabit.

"Kumpulan ini aktif sejak 1 Ogos lalu dan bertindak ganas terhadap mangsa dengan menyerang menggunakan parang dan kayu.

"Pihak kami percaya dapat menyelesaikan sembilan kes dengan tertangkapnya ahli kumpulan terbabit dan kini usaha memburu saki baki ahli kumpulan ini sedang giat dijalankan," katanya di sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Ogos 2015 @ 5:34 PM