DARI kiri, Nazrudin, Mohd Khairul, Sazzy, Umil Kalthom, Farahani dan Sheahnee bergambar bersama selepas selesai sesi perkongsian kempen itu.
DARI kiri, Nazrudin, Mohd Khairul, Sazzy, Umil Kalthom, Farahani dan Sheahnee bergambar bersama selepas selesai sesi perkongsian kempen itu.

Guardian Malaysia melancarkan satu promosi perayaan baru-baru ini dalam usaha memberi peluang kepada pelanggannya mendapat lebih nilai bagi setiap ringgit wang yang dibelanjakan.

Promosi ‘Ramadan Murni, Penampilan Berseri’ pada 22 Jun lalu itu menyaksikan satu tawaran suai padan ‘tiga untuk dua’ dengan cara suai padan, membabitkan lebih daripada 1,200 produk.

Pada dasarnya, pembeli hanya membayar untuk dua barangan dan bagi produk ketiga, mereka akan menerimanya secara percuma. Barangan percuma itu perlu mempunyai nilai paling rendah antara ketiga-tiga barangan yang dibeli pelanggan.

Antara barangan yang ditawarkan sepanjang promosi berlangsung ialah produk kesihatan, kecantikan, kelengkapan bayi dan penjagaan diri.

Lebih menarik, Guardian turut memberikan hadiah kepada pelanggannya iaitu bekas dan set jag Luminarc yang popular dan berkualiti tinggi dengan pembelian produk P&G.

Kerjasama eksklusif bersama P&G menawarkan pelanggan tiga pilihan set barangan Luminarc untuk dipilih.

Untuk pembelian RM60, pelanggan boleh menebus bekas Luminarc secara percuma.

Pelanggan yang membuat pembelian RM150 pula dapat menebus satu set jag dan mereka boleh memilih satu daripada dua corak. Tempoh penebusan dari 15 Jun lalu sehingga 15 September depan.

Di samping itu, Guardian turut menggabungkan ciri amal untuk mereka yang ingin menderma kepada golongan memerlukan.

Ciri itu turut dimuatkan dalam pertandingan ‘Kongsikan Berkat Aidilfitri’ yang mana pelanggan hanya perlu membeli produk Unilever sebanyak RM15 dan menderma RM1 kepada rumah kebajikan terpilih.

Pada masa sama, pelanggan turut berpeluang memenangi percutian empat hari tiga malam ke Korea untuk empat orang.

Tiada had untuk bilangan penyertaan, tetapi setiap penyertaan yang perlu dihantar melalui WhatsApp, mesti disertakan dengan ucapan raya yang kreatif. Peraduan itu bermula pada 22 Mei lalu sehingga 31 Julai ini.

Pada majlis baru-baru ini, Penolong Pengurus Perhubungan Awam dan Perhubungan Kerajaan Guardian Health and Beauty Sdn Bhd, Farahani Failul Rahman berkongsi mengenai tema kempen terbaru Guardian.

Sesi temu bual itu disertai ahli farmasi Guardian, Umil Kalthom, pelakon, Sazzy Falak, pasangan suami isteri selebriti, Nazrudin Rahman dan Sheahnee Iman Lee serta selebriti sukan, Mohd Khairul Effendy.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Julai 2016 @ 10:45 AM