WATAK utama video Guardian Raya Untuk Semua sempena Aidilfitri tahun ini.
WATAK utama video Guardian Raya Untuk Semua sempena Aidilfitri tahun ini.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


Musim perayaan seperti Aidilfitri adalah saat paling sesuai untuk mengeratkan lagi silaturahim dan memperkukuhkan nilai kekeluargaan.

Untuk itu, Guardian Malaysia menghasilkan video raya istimewa, Guardian Raya Untuk Semua seiring pelbagai tawaran hari raya menarik yang disediakan.

Menurut Ketua Pemasaran, Guardian Health and Beauty Sdn Bhd, Angela Teo, pihaknya mahu membantu masyarakat menyambut hari raya secara sihat dan bergaya, menerusi tawaran pelbagai produk kesihatan serta kecantikan hebat pada nilai yang lebih baik.

Kata Angela, tidak kira apapun latar belakang pelanggan atau keperluan mereka, pihaknya adalah jenama yang sentiasa bersama memenuhi segala keperluan kesihatan dan kecantikan selain menyatukan keluarga.

"Apa yang menjadikan video raya kali ini berbeza daripada sebelumnya adalah kami menampilkan empat pelanggan setia yang juga antara finalis Peraduan Face of Healthy Beauty Guardian pada tahun 2019.

"Mereka adalah Dr Amanda Elli, Puteri Shazwani Megat Ahmad Shahriman, Yasmin Khalid dan Afeefa Ooi, yang juga testimoni jelas konsep kehidupan yang kami perjuangkan dalam semua aspek iaitu 'Healthy Beauty.'

"Kami berbangga dengan mereka dan memberikan gelaran 'Ikon Healthy Beauty' kepada keempat-empat wanita hebat itu," katanya pada majlis tayangan video berkenaan dan berbuka puasa bersama media di ibu negara, baru-baru ini.

Video menarik itu menampilkan lagu berirama joget rancak dengan tema Keluarga yang ceria bersama, kekal bersama.

Ia sarat dengan mesej tersirat iaitu di sebalik perbezaan ataupun berlainan personaliti dan perangai, apabila seisi keluarga bersatu, mereka akan teguh ibarat sebuah rumah yang kukuh serta saling membantu antara satu sama lain supaya hubungan lebih harmoni dan gembira.

Sementara itu, tawaran Raya Untuk Semua yang menampilkan promosi penjimatan sehingga 50 peratus, di semua stor fizikal dan dalam talian turut disediakan kepada orang ramai.

Antaranya hadiah percuma eksklusif iaitu beg penyusun kecantikan (dengan pembelian RM160 dan ke atas), set hadiah pinggan seramik (dengan pembelian RM120 dan ke atas) serta bekas kaca Meadows dengan penutup buluh (dengan pembelian RM120 dan ke atas).

Selain itu, pelanggan juga boleh mendapatkan barangan menarik belian dengan belian iaitu Air Fryer Mini Eksklusif 1.5L pada RM89, jimat 50 peratus (tertakluk terma dan syarat).

Kupon penjagaan kulit bernilai RM10 juga diberi percuma dengan pembelian RM80 dan ke atas.

Manakala pelanggan juga berpeluang mendapatkan diskaun 70 peratus bagi barangan kedua untuk produk penjagaan diri terpilih jenama Guardian serta percuma sampul duit raya dengan pembelian RM68 dan ke atas.

Lebih istimewa, pelanggan juga boleh membantu kanak-kanak kurang bernasib baik dengan membeli mana-mana produk mandian jenama berkenaan.

Bagi setiap liter yang dijual, Guardian akan mendermakan RM0.15 ke tabung yang diwujudkan untuk membeli produk penjagaan mandian untuk mereka.

"Jadi, jangan lepaskan peluang merebut tawaran menakjubkan yang disediakan untuk anda sempena Aidilfitri ini.

"Pastikan anda kelihatan segak, anggun dan sihat apabila pulang menziarahi sanak saudara di kampung di Aidilfitri nanti," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 April 2023 @ 6:54 AM