MR DIY
MR DIY
Bisnes HM


MR DIY akan membuka 33 cawangan baharu di seluruh negara meliputi jenama di bawah kendaliannya iaitu MR DIY, MR TOY dan MR DOLLAR.

Bagi meraikan pembukaan cawangan baharu hari ini, pihaknya menyediakan lebih 39,000 hadiah percuma bernilai lebih RM900,000 kepada semua pelanggan cawangan ini.

Naib Presiden Pemasaran MR DIY, Andy Chin berkata, pelanggan di Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Melaka, Perak, Pulau Pinang, Sabah, dan Sarawak akan menikmati penjimatan dan promosi bagi barangan keperluan rumah dan keperluan harian kegemaran mereka di acara pembukaan rasmi.

"Pada acara berkenaan, pelanggan yang membuat pembelian minimum RM30 dalam satu transaksi layak menerima pelbagai hadiah percuma di setiap satu daripada tiga jenama ini.

"Ia termasuk payung, bantal dan pelitup muka tiga lapis di cawangan MR DIY; anak

patung dinosaur, set mainan pegangan tangan, pelitup muka tiga lapis (MR TOY); dan pelitup muka tiga lapis (MR DOLLAR)," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, pihaknya menerima maklum balas positif daripada pelanggan bagi acara pembukaan cawangan-cawangan baharu di seluruh negara pada Julai lalu dan membuat keputusan menganjurkan acara sama bagi pembukaan 33 cawangan baharu ini.

"Konsep runcit MR DIY berlandaskan barangan dan produk keperluan berkualiti pada

harga munasabah; disokong oleh pelbagai pilihan produk, reka bentuk terkini dan perkhidmatan pelanggan berkesan, menawarkan nilai hebat untuk wang bagi rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat dengan cogan kata 'Always Low Prices'.

"Kami teruja mengalu-alukan pelanggan ke cawangan berhampiran mereka dan menikmati penjimatan hebat sambil berpeluang mendapatkan hadiah percuma," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 September 2020 @ 5:45 PM