Dua sahabat maut dilanggar motosikal selepas melintas jalan. FOTO ihsan pembaca
Dua sahabat maut dilanggar motosikal selepas melintas jalan. FOTO ihsan pembaca
Nur Saliawati Salberi

nursaliawati@mediaprima. com.my

Melaka: Dua remaja lelaki maut selepas dilanggar motosikal ketika melintas jalan berhampiran Klinik Kesihatan Cheng di Jalan Cheng, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 1 tengah hari itu, mangsa, Kamahans Daniel Ismail, 13, dan rakannya Muhammad Ade Putera Ronizam, 12, meninggal dunia di tempat kejadian.

Jurucakap polis berkata, mangsa dilanggar motosikal ditunggang pemuda berusia 23 tahun.

"Motosikal berkenaan dalam perjalanan dari arah Paya Rumput menghala ke Cheng Perdana dan sebaik tiba di lokasi, penunggang motosikal itu dipercayai tidak sempat mengelak mangsa yang melintas jalan.

"Penunggang motosikal berkenaan patah tangan dan kedua-dua mangsa yang melintas jalan meninggal dunia," katanya.

Menurutnya, mayat dua sahabat itu dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 Julai 2016 @ 7:14 PM