myMetro

Pengeluar jentera kereta super terkemuka Itali, Ferrari memperkenalkan edisi terhad model LaFerrari versi bumbung boleh ditanggal, baru-baru ini.

Bagaimanapun, bilangan edisi terhad serta ciri teknikal kenderaan itu masih lagi dirahsiakan dan akan diumumkan pada Pameran Motor Antarabangsa Paris, Oktober depan.

Model edisi itu mempunyai bahagian bumbung gentian karbon atau material lembut yang boleh ditanggal dan ia sudah habis dijual selepas dipamerkan secara khas kepada pelanggannya.

Prestasinya masih seperti LaFerrari model terdahulu dengan menggunakan enjin V12 yang turut dibantu kuasa motor elektrik.

Jentera itu juga diubah suai pada kerangkanya untuk mengekalkan ketegaran, selain aerodinamik direka semula bagi menjamin pekali seretan ketika memandu dalam konfigurasi terbuka, sama seperti varian LaFerrari sebelum ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 Julai 2016 @ 5:00 AM