ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan mangsa. FOTO ihsan Bomba
ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan mangsa. FOTO ihsan Bomba
Shahrul Nizam Mohamad


Pekan: Tiga beranak terbunuh selepas kereta Naza Sutera dinaiki bertembung Proton Preve di Kilometer 10 Jalan Pekan-Nenasi, dekat Kampung Sungai Miang di sini, hari ini.

Dalam kejadian 11 pagi itu, pemandu Naza Sutera, Ruslan Musa, 42, berasal dari Kampung Pantai Bernas, Rompin, bersama isterinya iaitu penumpang depan berusia 40 tahun dan anak bongsu mereka meninggal dunia di tempat kejadian.

Sementera itu, anak perempuan mereka, Nur Aieshah Qalysha, 7, dan adik ipar, Nurul Firdaos Abdullah, 28, serta pemandu Proton Preve cedera dan dikejarkan ke Hospital Pekan untuk mendapatkan rawatan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Mohd Noor Yusof Ali berkata, siastatan awal mendapati, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan ke Kuantan dari Rompin untuk menyelesaikan urusan keluarga.

"Sebaik tiba di lokasi, Proton Preve terbabas dan masuk laluan bertentangan sebelum bertembung kereta dinaiki mangsa menyebabkan kenderaan mangsa tersadai di bahu jalan," katanya ketika dihubungi, di sini.

Beliau berkata, siasatan lanjut berhubung kejadian itu masih diteruskan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Julai 2016 @ 5:59 PM