Keadaan lori dan treler yang bertembung di Batu 14, Jalan Pekan - Nanasi, hari ini. - Foto Ihsan Bomba
Keadaan lori dan treler yang bertembung di Batu 14, Jalan Pekan - Nanasi, hari ini. - Foto Ihsan Bomba
Mohamad Azim Fitri Abd Aziz


PEMANDU lori maut selepas kenderaan dipandu bertembung dengan treler di Batu 14 Jalan Pekan-Nenasi, Pekan, Pahang, jam 8.30 pagi hari ini.

Ketua Balai Bomba Pekan Wan Samsul Effendi Wan Mahmud berkata, R Tamil Chelvum, 23, maut di tempat kejadian selepas lori lima tan dipandunya dalam perjalanan dari arah Rompin menuju Pekan, bertembung dengan treler.

“Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Pekan tiba jam 8.47 pagi bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

"Bomba terpaksa menggunakan peralatan khas seperti mesin pemotong besi bagi mengeluarkan mangsa sebelum dia disahkan meninggal dunia pasukan perubatan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Difahamkan mangsa maut akibat kecederaan parah di kepala dan badan dan mayatnya dibawa ke Hospital Pekan.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan ketika dihubungi berkata, pemandu treler berusia 37 tahun itu tidak mengalami kecederaan dan sudah membuat laporan mengenai kemalangan itu,

Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 Ogos 2017 @ 6:04 PM