LIM (dua dari kiri) bersama Ketua Pembangunan Perniagaan Digi, Dennis Sers (dua dari kanan) pada sidang akhbar mengenai Kongres PKS Digi.
LIM (dua dari kiri) bersama Ketua Pembangunan Perniagaan Digi, Dennis Sers (dua dari kanan) pada sidang akhbar mengenai Kongres PKS Digi.
Nabil Basaruddin


Shah Alam: Digi Malaysia SME Congress yang bakal berlangsung 28 Julai ini di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam itu bakal menghimpunkan 2,000 usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dari seluruh negara.

Persidangan yang bertemakan Aktif, Kemajuan dan Cabaran itu bertindak sebagai platform strategik untuk PKS tempatan mengukuhkan kedudukan perniagaan masing-masing.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia SME Wayne Lim berkata, pihaknya yakin penganjuran kali ini mendapat sambutan memberangsangkan daripada PKS dengan latar belakang perniagaan berbeza.

Beliau berkata, meskipun ia hanya berlangsung sehari, namun pelbagai intipati akan diberikan dalam beberapa sesi bertujan memberi inspirasi kepada peserta PKS.

“Apa yang kami mahu berikan ialah motivasi dan pendedahan kepada PKS tempatan dalam mengintegrasikan perniagaan mereka, seterusnya mengetengahkan nilai inovasi dan kreativiti.

“Kami ingin menekankan kepentingan teknologi dalam menjalankan urusan dan operasi perniagaan seperti teknologi kewangan dan pelbagai inisiatif masa kini yang begitu cekap seperti dagangan kredit,” katanya pada sidang media Digi Malaysia SME di sini, semalam.

Persidangan yang diadakan tahun ini adalah penganjuran kali ketujuh oleh SME Malaysia dan ia mendapat maklum balas yang begitu baik memandangkan industri keusahawan ketika ini antara paling cepat berkembang.

Antara usahawan yang bakal menjadi panel dalam sesi dijalankan ialah Pengarah Urusan Crest Link Sdn Bhd (Crest Link), Ray
mond Yee dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bagman, Datuk Liew Bin.

Wayne berkata, PKS berpeluang mengadakan padanan perniagaan ketika berada dalam persidangan itu kerana ia landasan tepat dan mengumpulkan lebih 2,000 usahawan ketika itu.

“Bagi persidangan ini juga, kami menyasarkan menerima banyak penyertaan daripada PKS bandar dalam menghadiri persidangan peringkat antarabangsa ini,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Julai 2016 @ 7:26 AM