MOHD Muazzam (tujuh dari kiri) bersama graduan Program Pembangunan PKS 2.0 pada  majlis graduasi di KLCC.
MOHD Muazzam (tujuh dari kiri) bersama graduan Program Pembangunan PKS 2.0 pada majlis graduasi di KLCC.
Nabil Basaruddin


KUALA LUMPUR: Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) berada pada landasan yang tepat dalam mencapai sasaran RM1 bilion pembiayaan kepada kumpulan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Muazzam Mohamed berkata, sehingga kini, Bank Islam sudah meluluskan pembiayaan berjumlah RM782.5 juta untuk menyokong segmen PKS.

Beliau berkata, bagi mengukuhkan pertumbuhan segmen terbabit, Bahagian Perbankan PKS Bank Islam telah beroperasi selama hampir dua tahun sejak penubuhannya pada 1 Januari 2018.

“Kami berharap dapat memperkenalkan produk dan perkhidmatan yang lebih menarik di pasaran yang memenuhi setiap kategori PKS tahun depan.” katanya.

Sementara itu, Bank Islam turut menjalin kerjasama dengan Universiti Utara Malaysia (UUM) dan SME Corporation (SME Corp) menganjurkan majlis graduasi untuk Program Pembangunan PKS 2.0 untuk 65 peserta usahawan PKS tempatan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Program latihan selama tiga bulan berkenaan direka khusus untuk memperkasa peserta supaya dapat menjadi usahawan mahir yang dapat mewujudkan perniagaan mampan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 November 2019 @ 6:42 AM