NEUER (kiri) giat berlatih bagi pertemuan kalah mati pusingan 16 hari ini.
NEUER (kiri) giat berlatih bagi pertemuan kalah mati pusingan 16 hari ini.

Lille, Perancis: Penjaga gol Jerman Manuel Neuer percaya juara Piala Dunia itu sudah melupakan permulaan lembap dalam saingan Euro 2016 untuk bangkit walaupun berdepan tekanan bertemu Slovakia dalam aksi kalah mati hari ini.

Pasukan bimbingan Joachim Loew itu mara ke kelompok 16 terbaik selepas muncul juara Kumpulan C, mengalahkan Ukraine dan Ireland Utara, selain seri bertemu Poland dan tidak bolos dalam kesemua perlawanan.

Bagaimanapun, Neuer menjangkakan aksi lebih mantap dari Jerman di Stade Pierre Mauroy, Lille berdepan Slovakia dalam kancah Euro buat kali pertama sejak negara itu merdeka.

“Kami sudah bertemu tiga pasukan yang mengekang semua pemain. Kami tidak mempunyai cukup ruang dan dalam perlawanan seperti ini bukan mudah untuk menang dengan julat yang besar.

“Menumpaskan pasukan seperti Ukraine dan Ireland Utara tidak boleh membuatkan kami berasa lega. Bukan mudah untuk mengalahkan mereka tapi kami berjaya menyempurnakan misi berkenaan.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Jun 2016 @ 5:23 AM