SEORANG penyokong ditahan polis Perancis.
SEORANG penyokong ditahan polis Perancis.

Lille, Perancis: Sekumpulan kecil penyokong Russia dan Inggeris bergaduh seketika di Lille ketika ribuan penyokong tiba untuk menyaksikan Euro 2016.

Lille dilihat sebagai satu lagi kawasan bermasalah pada Euro 2016 ketika Russia menentang Slovakia malam tadi dan peminat England turut berada di bandar utara Perancis itu untuk perlawanan menentang Wales di bandar berdekatan, Lens yang berlangsung malam ini.

Kedua-dua pasukan diancam dengan penyingkiran sekiranya keganasan seperti di Marseille minggu lalu berulang.

UEFA mendenda Persekutuan Bolasepak Russia dan memberi amaran penyingkiran berikutan serangan di stadium berkenaan awal pagi Ahad lalu.

Sekumpulan kecil penyokong Russia dilihat membangkitkan kemarahan penyokong Inggeris yang berada di bar berhampiran stesen kereta api pusat bandar utara itu.

Penyokong Inggeris membalasnya dengan membaling kerusi tetapi situasi kembali tenang sebaik polis tiba.

Pihak berkuasa di Lille dan Lens meminta supaya alkohol dilarang daripada dijual dari Selasa hingga Jumaat. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Jun 2016 @ 9:36 AM