PEKERJA Law menyediakan limau tambun untuk dihantar kepada pekedai tempatan.
PEKERJA Law menyediakan limau tambun untuk dihantar kepada pekedai tempatan.

Ipoh: Perubahan cuaca yang berlaku secara mendadak sejak akhir-akhir ini terutama cuaca panas terik berikutan fenomena El Nino bermula pertengahan tahun lalu hingga Mac tahun ini memberi kesan buruk terhadap industri pertanian negara.

Tidak terkecuali tanaman limau tambun yang terjejas pengeluaran buahnya ekoran cuaca terlalu panas hingga membantutkan penghasilan bunga buah limau.

Lebih memburukkan keadaan adalah cuaca jerebu berpanjangan yang merosakkan bunga kerana kekurangan cahaya matahari, selain kegersangan tanah akibat ketiadaan hujan.

Pemborong limau tambun, Law Voon Hing yang juga antara pembekal limau tambun terbesar untuk pasaran tempatan selain eksport ke Singapura, Taiwan dan Hong Kong mengakui mengalami kerugian sepanjang tempoh fenomena panas itu melanda negara.

Law yang menguasai 80 peratus pasaran limau tambun di bandar raya ini berkata, dia mendapatkan bekalan dari kawasan lain untuk memenuhi permintaan penjual limau namun kawasan lain turut menghadapi masalah sama.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Jun 2016 @ 5:36 AM