POGBA.
POGBA.
AFP

Lille, Perancis: Bintang Juventus Paul Pogba menjadi tumpuan apabila Perancis selaku tuan rumah Euro 2016 turun pada perlawanan terakhir peringkat Kumpulan A bertemu Switzerland di Lille hari ini.

Tidak berada dalam kesebelasan utama ketika Perancis mencatat kemenangan 2-0 ke atas Albania di Marseille, Pogba yang masuk sebagai gantian pada separuh masa kedua, menjadi arkitek kepada gol kedua jaringan Dimtri Payet pada lewat permainan.

Namun reaksinya selepas itu yang menunjukkan isyarat penumbuk ke arah tempat duduk media, mencetuskan skandal dan di sebalik permohonan maaf pemain berusia 23 tahun itu, dia tetap menerima kritikan.

Pemain Perancis itu sudah bersemuka dengan media sejak insiden bagi menutup kontroversi berkenaan.

Rakan sepasukan Pogba di bahagian tengah N’Golo Kante berkata: “Saya tidak melihat apa yang dia lakukan seperti mana diperkatakan semua orang. Saya sedang meraikan gol kedua ketika itu.”

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Jun 2016 @ 5:40 AM