FOTO ihsan pembaca
FOTO ihsan pembaca
Raja Noraina Raja Rahim


Seremban: Kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dari Kuala Pilah, disahkan dijangkiti virus Japanese Encephalitis (JE).

Pengarah Kesihatan negeri, Dr Abdul Rahim Abdullah berkata, kanak-kanak terbabit masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) sejak dimasukkan ke wad itu pada 20 Mei lalu.

Menurutnya, mangsa dimasukkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) pada 18 Mei sebelum dipindahkan ke HTJ berikutan keadaanya semakin kritikal.

Kanak-kanak itu adalah kes ketiga dilaporkan tahun ini selepas dua kanak-kanak di Kuala Pilah dan Jelebu disahkan menghidap JE, namun tiada kematian dilaporkan.

"Keputusan ujian darah mendapati kanak-kanak itu positif JE dan kita akan meneruskan pemantauan terhadapnya.

"Setakat ini, tiada bukti menunjukkan semua tiga kes JE yang berlaku di negeri ini sejak Januari lalu ada kaitan antara satu sama lain," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Jun 2016 @ 2:19 PM