GOOGLE Chromecast 2
GOOGLE Chromecast 2
Afiq Hanif


Model penyambung media, Chromecast kini hadir dengan versi kedua yang berbentuk bulat dengan pelbagai warna pilihan kepada pengguna di negara ini.

Seperti juga Apple TV, Chromecast dihubungkan kepada rangkaian WiFi untuk strim tanpa wayar.

Ciri baru diperkenalkan pada Chromecast 2 selain rekaannya adalah sokongan WiFI 802.11ac 5GHz serta antena baru yang memastikan sambungan lebih baik.

Ia masih menyokong resolusi paparan sehingga HD Penuh 1080p.

INFO

GOOGLE CHROMECAST

- Harga: RM170

- Output: HDMI, CEC Output

- Resolusi Video: 1080p

- Berat: 34g

- Standard Tanpa Wayar: 802.11b/g/n Wi-Fi (802.11ac pada 5GHz)

- Keselamatan: WEP, WPA/WPA2

- Sambungan: USB

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Jun 2016 @ 12:48 PM