ANGGOTA Bomba membuat pemeriksaaan ke atas rumah yang terbakar. FOTO Mohamad Ishak
ANGGOTA Bomba membuat pemeriksaaan ke atas rumah yang terbakar. FOTO Mohamad Ishak
PANDANGAN dari laut menunjukan kebakaran di perkampungan nelayan di Pulau Perhentian. Mohamad Ishak
PANDANGAN dari laut menunjukan kebakaran di perkampungan nelayan di Pulau Perhentian. Mohamad Ishak
PENDUDUL bergotong-royong memadam api yang marak. FOTO Mohamad Ishak
PENDUDUL bergotong-royong memadam api yang marak. FOTO Mohamad Ishak
Mohammad Ishak


Jertih: Dua keluarga membabitkan 13 orang tinggal sehelai sepinggang apabila rumah papan didiami hangus dalam kejadian di Pulau Perhentian, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 7 malam itu, rumah milik peniaga, Mohd Kasmuri Abd Wahab, 48, musnah sepenuhnya dalam kebakaran berekenaan.

Kejadian itu menyebabkan 13 membabitkan dua keluarga yang mendiami rumah papan berkenaan, tinggal sehelai sepinggang kerana semua barang keperluan tidak dapat diselamatkan disebabkan api marak dengan cepat.

Isteri Mohd Kamsuri, Karimah Chetak, 40, berkata, ketika kejadian, dia sedang memasak tumis udang dan gulai tempoyak ikan patin untuk hidangan berbuka ahli keluarga.

"Api datang dari sebuah bilik berdekatan dapur di rumah kami dan membakar tilam sebelum menyambar keseluruhan rumah dalam sekelip mata. Kami tak dapat selamatkan apapun termasuk wang tunai RM20,000 serta barang kemas milik saya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Jun 2016 @ 4:56 PM