VARDY harungi musim menakjubkan bersama Leicester City. Gambar kanan, Harry Kane.
VARDY harungi musim menakjubkan bersama Leicester City. Gambar kanan, Harry Kane.
AFP

London: Penyerang Tottenham Hotspur Harry Kane berharap memiliki peluang digandingkan dengan Jamie Vardy apabila England berdepan Turki malam ini dalam perlawanan pertama daripada tiga perlawanan pemanas badan menjelang Euro 2016.

Kane meledak 25 gol Liga Perdana Inggeris bagi membolehkannya menerima anugerah Kasut Emas manakala Vardy menamatkan kempen musim ini, ketinggalan satu gol selepas membantu Leicester City menjulang gelaran kisah dongeng mereka.

Kedua-duanya pernah digandingkan sekali untuk skuad England ketika menewaskan Litihuania 3-0 Oktober lalu, namun dengan Wayne Rooney dan Marcus Rashford berdepan tugas final Piala FA bersama Manchester United hujung minggu ini dan Daniel Sturridge direhatkan selepas mewakili Liverpool pada final Liga Europa, mereka mungkin kembali digandingkan di Stadium Etihad.

“Jamie mempunyai musim luar biasa dan menjaringkan banyak gol, jadi jika kami bermain bersama tentunya lebih mengujakan,” kata Kane di pusat latihan England, St George’s Park.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Mei 2016 @ 5:36 AM