SUASANA di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Sungai Duri pada hari pengundian sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Bakap. FOTO MIKAIL ONG
SUASANA di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Sungai Duri pada hari pengundian sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Bakap. FOTO MIKAIL ONG
Siti Aminah Mohd Yusof


Nibong Tebal: Peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap mencatatkan 44.59 peratus setakat jam 2 petang ini, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Tinjauan mendapati cuaca baik dan agak panas terik di kebanyakan kawasan Sungai Bakap namun proses mengundi berjalan lancar di sembilan pusat pengundian yang beroperasi sejam 8 pagi tadi.

Semua pusat pengundian akan ditutup pada 6 petang ini sebelum proses penjumlahan undi berlangsung di Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi di sini.

PRK DUN Sungai Bakap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara bekas Pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara Dr Joohari Ariffin dan bekas eksekutif logistik yang juga Naib Yang Dipertua Pas Nibong Tebal, Abidin Ismail mewakili Perikatan Nasional (PN).

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Julai 2024 @ 3:48 PM