HERNANDEZ (kanan) berebut bola dengan pemain Paraguay Robert Andres, minggu lalu.
HERNANDEZ (kanan) berebut bola dengan pemain Paraguay Robert Andres, minggu lalu.
Reuters

London: Penyerang Bayer Leverkusen Javier Hernandez mendakwa dia tidak diberikan peluang mencukupi untuk mempamer kebolehannya sepanjang mewakili Manchester United dan Real Madrid.

Pemain antarabangsa Mexico berusia 28 tahun itu meninggalkan United untuk menyertai Leverkusen Ogos tahun lalu dan sejak itu dia meledak 17 gol sepanjang 28 penampilan sekali gus membantu kelab Jerman berkenaan menduduki tangga ketiga Bundesliga dan layak ke Liga Juara-Juara musim depan.

“Perbezaan ketara yang boleh saya katakan adalah Leverkusen mahu saya bermain sedangkan pasukan lain tidak begitu,” kata Hernandez dalam satu temubual bersama majalah bola sepak FourFourTwo.

Hernandez meledak 59 gol sepanjang 85 penampilan dalam semua perlawanan sejak menyertai United pada 2010 tetapi dijual kepada Real Madrid pada musim 2014-15 oleh bekas pengurus United yang dipecat Louis van Gaal.

Dia menjaringkan sembilan gol sepanjang di Madrid tetapi sekali lagi berdepan kesukaran merebut tempat dalam kesebelasan utama sekali gus menyaksikan dia hanya diturunkan dalam 12 perlawanan kelab gergasi La Liga itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Jun 2016 @ 9:04 AM