ABDUL Hadi memberi ucap tama perasmian Muktamar Tahunan PAS. FOTO Mohd Yusni Ariffin
ABDUL Hadi memberi ucap tama perasmian Muktamar Tahunan PAS. FOTO Mohd Yusni Ariffin
Muhamaad Razis Ismail


Kota Bharu: PAS Pusat menyeru pimpinan PAS supaya mengamalkan politik matang dengan menghindarkan laungan kasar dan menghukum tanpa fakta sahih.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pimpinan PAS juga perlu menjauhi penampilan retorik tanpa membawa pelan penyelesaian.

"Orientasi PAS kini berbeza kerana, kita bukan lagi sekadar membangkang, tetapi mengemukakan penyelesaian berasaskan cara kaedah Islam.

"Imej ini mesti dibawa dan ditampilkan dalam semua keadaan oleh pimpinan PAS di semua peringkat termasuk ceramah, kuliah, tulisan, sidang media, ucapan di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Kita sedaya upaya menolak beberapa pendekatan negatif dan tidak membangunkan minda apatah lagi orientasi berteraskan kebencian dan provokasi," katanya ketika memberikan ucapan dasar Muktamar Agung Tahunan PAS ke 62 di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (PUTIK) di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yakob, Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Setiausaha Agung Datuk Takiyuddin Hassan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Jun 2016 @ 7:55 PM