1. Sediakan bahan.
1. Sediakan bahan.
2. Pukul mentega, gula dan esen vanila hingga sebati dan lembut.
2. Pukul mentega, gula dan esen vanila hingga sebati dan lembut.
3. Masukkan putih telur dan pukul lagi.
3. Masukkan putih telur dan pukul lagi.
4. Campurkan tepung, kismis dan walnut.
4. Campurkan tepung, kismis dan walnut.
5. Gunakan beg paiping untuk membentuk biskut di atas dulang bakar.
5. Gunakan beg paiping untuk membentuk biskut di atas dulang bakar.
6. Bentukkan mengikut cita rasa anda.
6. Bentukkan mengikut cita rasa anda.
7. Gunakan garpu untuk memberi bentuk lebih menarik pada biskut. Bakar pada suhu 160 darjah Celsius, lebih kurang selama 10 minit sehingga nampak keperangan.
7. Gunakan garpu untuk memberi bentuk lebih menarik pada biskut. Bakar pada suhu 160 darjah Celsius, lebih kurang selama 10 minit sehingga nampak keperangan.
8. Biskut boleh dihias dengan coklat selepas disejukkan kira-kira lima minit sebelum sedia dinikmati sebagai snek petang.
8. Biskut boleh dihias dengan coklat selepas disejukkan kira-kira lima minit sebelum sedia dinikmati sebagai snek petang.
Faizatul Farlin Farush Khan


Apabila menyebut snek, ramai mungkin memikirkan bungkusan makanan dalam plastik yang penuh dengan garam, pengawet dan gula.

Namun snek tidak semestinya merosakkan kesihatan kerana kita mempunyai pilihan lebih sihat, apatah lagi jika dibuat sendiri.

Snek sememangnya penting dalam hidangan seharian kerana ia seakan-akan pelengkap diet. Ia membantu mengalas perut supaya kita tidak makan secara berlebihan apabila menjadi terlalu lapar.

Baru-baru ini, melalui Fiesta Raya California Raisins yang diadakan Berjaya University College of Hospitality, Chef Anuar Deraman, sudi menunjukkan resipi yang mencampurkan dua bahan sihat, iaitu kismis dan kacang walnut.

Ikuti langkah demi langkah menghasilkan biskut walnut kismis yang ditunjukkan Cef Anuar.

Bahan-bahan:

• 250 gram mentega tidak bergaram

• 125 gram gula ising

• 1 biji putih putih

• 310 tepung

• 110 gram kismis dicincang

• 30 gram walnut panggang dicincang

• 300 gram coklat masakan

• 1 sudu esen vanila

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 Mei 2016 @ 1:56 PM