1. PUKUL mentega, gula dan esen vanila sehingga lembut.
1. PUKUL mentega, gula dan esen vanila sehingga lembut.
2. TAMBAH tepung dan serbuk badam, gaulkan bersama sehingga sebati. Masukkan kismis.
2. TAMBAH tepung dan serbuk badam, gaulkan bersama sehingga sebati. Masukkan kismis.
3. CANAIKAN pastri paf sehingga ketebalan 2mm.
3. CANAIKAN pastri paf sehingga ketebalan 2mm.
4. POTONG ikut saiz 3’’x6’’ dan hasilkan dua keping.
4. POTONG ikut saiz 3’’x6’’ dan hasilkan dua keping.
5. SAPUKAN campuran badam dalam doh.
5. SAPUKAN campuran badam dalam doh.
6. TAMBAHKAN kismis.
6. TAMBAHKAN kismis.
7. SAPU lapisan telur di atas doh.
7. SAPU lapisan telur di atas doh.
8. TUTUP dengan satu lagi lapisan pastri dan kemaskan tepi.
8. TUTUP dengan satu lagi lapisan pastri dan kemaskan tepi.
9. SAPUKAN telur yang sudah dipukul pada pastri.
9. SAPUKAN telur yang sudah dipukul pada pastri.
10. BAKAR pada suhu 180 hingga 200 darjah Celsius, antara 15 hingga 25 minit.
10. BAKAR pada suhu 180 hingga 200 darjah Celsius, antara 15 hingga 25 minit.
PAF badam sedia untuk dimakan.
PAF badam sedia untuk dimakan.
Faizatul Farlin Farush Khan

Menunggu detik Aidilfitri yang semakin hampir, tentu ramai sudah mula sibuk di dapur masing-masing menyiapkan pelbagai resipi kuih-muih untuk menjamu tetamu.

Selain kuih raya, hidangan pencuci mulut yang enak mampu membuatkan suasana raya bertambah meriah dengan kehadiran saudara-mara dan sahabat handai.

Cef pastri terkenal, Chef Anuar Deraman, sudi berkongsi resipi pencuci mulut yang mudah disediakan sewaktu majlis Fiesta Raya California Raisins, baru-baru ini.

Menurut Cef Anuar, antara tip memastikan paf badam dihasilkan cantik, kismis tidak seharusnya ditabur atas pastri ketika sedang dibakar bagi mengelak ia menjadi pahit.

Ikuti langkah demi langkah menghasilkan paf badam enak hasil air tangan Cef Anuar.

Bahannya:

• 500 gram paf pastri

• 250 gram mentega tidak bergaram

• 220 gram gula kastor

• 250 gram serbuk badam

• 50 gram tepung

• 120 gram kismis

• 1/2 sudu teh esen vanila

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Jun 2016 @ 12:41 PM