1. BAHAN diperlukan
1. BAHAN diperlukan
2. SATUKAN mentega, gula, koko dan cairkan secara adunan dua lapis.
2. SATUKAN mentega, gula, koko dan cairkan secara adunan dua lapis.
3. SATUKAN gula, telur, esen vanila dan kacau sebati.
3. SATUKAN gula, telur, esen vanila dan kacau sebati.
4. MASUKKAN bahan yang sudah dicairkan dalam adunan gula tadi dan kacau sebati.
4. MASUKKAN bahan yang sudah dicairkan dalam adunan gula tadi dan kacau sebati.
5. TEPUNG dan serbuk penaik disatukan dan masukkan adunan coklat.
5. TEPUNG dan serbuk penaik disatukan dan masukkan adunan coklat.
6. TUANG dalam loyang bersaiz tujuh inci atau lapan inci.
6. TUANG dalam loyang bersaiz tujuh inci atau lapan inci.
7. TABURKAN hiasan kacang di atasnya.
7. TABURKAN hiasan kacang di atasnya.
8. BAKAR pada suhu 170 darjah Celsius selama 20 hingga 25 minit bergantung kepada ketuhar.
8. BAKAR pada suhu 170 darjah Celsius selama 20 hingga 25 minit bergantung kepada ketuhar.
BROWNIES siap dihidangkan.
BROWNIES siap dihidangkan.
Faizatul Farlin Farush Khan


Brownies antara pencuci mulut yang popular dan menjadi kegemaran ramai. Ia mudah disediakan dan boleh dijadikan sajian minum petang terutama apabila tetamu berkunjung ke rumah.

Pemilik ArahChocolate And Bakery, Siti Zahrah Mat Zin berkata, tidak sukar untuk menyiapkan kek brownies kerana ia tidak memerlukan mesin pengadun, cukup dengan menggunakan tangan dan ia boleh disiapkan dalam tempoh kira-kira setengah jam.

Berkongsi tip menghasilkan brownies yang sedap, Siti Zahrah berkata, apa yang penting kita perlu mengenal ketuhar sendiri kerana setiap ketuhar berbeza menyebabkan masa memasak mungkin tidak sama antara satu sama lain.

“Misalnya, saya sendiri mempunyai tiga ketuhar tetapi semuanya berbeza dari segi masa membakar dan kita tidak boleh terlalu mengikut masa yang dicatat pada resipi.

“Oleh itu, kita perlu melakukan percubaan demi percubaan menghasilkan sesuatu kek untuk melihat masa sebenar yang diperlukan untuk membakar kek brownies yang sedap tanpa rasa terbakar atau menjadi keras di sekelilingnya,” katanya.

Selain itu, katanya yang turut memaparkan pelbagai jenis kek dan kuih di laman Instagram/Arahchocolate, pemilihan jenis coklat juga penting untuk memastikan rasa brownies yang enak.

Coklat kompaun lebih sesuai untuk dijadikan bahan menghasilkan brownies berbanding coklat jenis lain.

“Lebih menarik, brownies sesuai dijadikan makanan petang, kek hari jadi ataupun kek pertunangan. Hanya perlu hiaskan di atasnya dengan ising atau buah, bergantung kepada kreativiti seseorang,” katanya.

Ikuti langkah demi langkah penghasilan brownies coklat atau dikenali juga dengan nama ‘fudgy brownies’, yang ditunjukkan oleh Siti Zahrah.

BAHANNYA:

- 90 gram mentega

- 130 gram gula kastor

- 2 biji telur

- 200 gram coklat kompaun

- 90 gram tepung gandum

- 40 gram serbuk koko

- 1 sudu teh esen vanila

- Hiasan hirisan badam atau kacang walnut

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Mei 2016 @ 12:19 PM