Rayyan diberi peluang duduk di meja Ketua Balai Polis Bandar Utama. FOTO Mohd Hasbi Sidek
Rayyan diberi peluang duduk di meja Ketua Balai Polis Bandar Utama. FOTO Mohd Hasbi Sidek
Mohd Hasbi Sidek

Petaling Jaya: Rayyan Raif Rizqin Mohamad Shukor, 7, yang menghidap penyakit Hemophagocytic Lymphohistiocytosis (HLH) iaitu sistem imun menjadi tidak stabil diberi peluang menjadi polis bagi merealisasikan impiannya di Balai Polis Bandar Utama, Damansara, di sini, pagi tadi.

Program bermula 10 pagi itu anjuran Make-A-Wish Malaysia dengan kerjasama polis dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Rayyan dipakaikan seragam polis sebelum memberi arahan kepada anggota dan pegawai untuk membuat rondaan di sekitar Bandar Utama, di sini.

Pasukan rondaan yang diketuai Rayyan kembali semula ke Balai Polis Bandar Utama 15 minit kemudian dan pasukannya menahan dua lelaki yang membawa watak suspek.

Rayyan ketika ditemui berkata, dia sangat gembira dengan peluang yang diberikan ini.

Kisah mengenai penderitaan Rayyan pernah disiarkan dalam Harian Metro Julai tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Mei 2016 @ 12:55 PM