ALLAHYARHAM Bad bersama dua anaknya.
ALLAHYARHAM Bad bersama dua anaknya.
Syafil Syazwan Jefri

Petaling Jaya: Hasrat Allahyarham Bad Indigo untuk menghadiahkan but bola sepak buat anak lelakinya, Rayyan, 14, tidak kesampaian apabila dia meninggal dunia, malam semalam.

Rayyan yang juga anak sulung Bad berkata, petang semalam adalah perbualan terakhir dia dengan bapanya yang ketika itu memaklumkan akan membelikan Rayyan sepasang but dua hari lagi.

"Perbualan terakhir dengan ayah adalah petang semalam. Ayah cakap, dia nak belikan but bola untuk saya, tapi, dalam dua hari lagi," katanya kepada Harian Metro ketika ditemui di Masjid Tun Abdul Aziz, di sini.

Rayyan bersama adiknya, Rania, 13, kini tinggal bersama ibu mereka yang juga bekas isteri Bad di Muar dan bergegas ke sini selepas dimaklumkan mengenai berita kematian itu.

Jenazah Bad atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yeop Abdullah akan disempurnakan di masjid berkenaan dan akan dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara untuk disemadikan selepas Solat Jumaat.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 Oktober 2023 @ 2:18 PM