MICHAEL Jordan. FOTO AFP
MICHAEL Jordan. FOTO AFP
AFP

Los Angeles: Legenda hebat bola keranjang dunia, Michael Jordan memecahkan rekod apabila menderma AS$10 juta (RM44.15 juta) kepada yayasan Make-A-Wish sempena hari lahirnya yang ke-60.

Wang yang didermakan kepada yayasan Make-A-Wish itu bertujuan untuk memenuhi hasrat kanak-kanak berumur antara 2-18 yang bergelut dengan penyakit kritikal dan ia adalah yang terbesar dalam sejarah 43 tahun organisasi yang berpangkalan di Arizona.

Juara kejohanan NBA enam kali ini sudah lama terbabit dengan organisasi yang tidak mencari keuntungan itu dan mula menjalinkan kerjasama buat kali pertama bersama organisasi berkenaan pada 1989.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Make-a-Wish berkata, mereka berharap apa yang dilakukan oleh jutawan berusia 59 tahun akan memberi inspirasi kepada orang lain untuk menderma kepada yayasan itu.

"Selama 34 tahun yang lalu, ia adalah satu penghormatan dapat bekerjasama dengan Make-A-Wish dan membantu membawa senyuman dan kebahagiaan kepada ramai kanak-kanak," kata Jordan dalam kenyataan itu.

"Menyaksikan kekuatan dan ketabahan mereka menempuh masa yang sukar dalam hidup sememangnya menjadi inspirasi.

Make-A-Wish berkata Jordan merealisasikan "ratusan" permintaan kanak-kanak di seluruh dunia sejak 1989.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Februari 2023 @ 9:54 AM