Ardyhansah Amat


Kota Kinabalu: Seorang lelaki ditahan ketika cuba menyeludup masuk dadah jenis ganja seberat 6.9 kilogram di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), di sini, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Supritendan Mohamed Fadzil A Rahman, berkata suspek, 21, yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ditahan sebaik saja mendarat di KKIA.

"Hasil pemeriksaan ke atas bagasi milik suspek, polis menemui tujuh bungkusan besar ganja dianggarkan bernilai RM65,000.

"Sehubungan itu, suspek kini disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati mandatori jika didapati bersalah," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 September 2016 @ 2:50 PM