Valluvan pada sidang media malam tadi. FOTO Norizuan Shamsuddin
Valluvan pada sidang media malam tadi. FOTO Norizuan Shamsuddin
Norizuan Shamsuddin

Kuala Lumpur: Sembilan lelaki termasuk seorang warga Bangladesh ditahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerusi Ops Khas Ulat Parkir di Selangor dan Kuala Lumpur selama dua hari yang berakhir hari ini.

Pengarah Bahagian Penguatkusa JPJ, Datuk V Valluvan Veloo berkata, operasi itu membabitkan 36 pegawai dan anggota JPJ

Katanya, operasi berkenaan dijalankan hasil aduan orang awam mengenai kegiatan ulat parkir yang memaksa pemandu membayar wang ketika parkir kenderaan.

"Serbuan dilakukan membabitkan Uptown Seksyen 24 Shah Alam, Selangor. Di Kuala Lumpur pula di Jalan Raja Uda, Kampung Baru dan Jalan Sultan Sulaiman.

"Sembilan lelaki berusia 28 hingga 33 tahun ditahan. Tiga daripada mereka dikesan positif dadah hasil ujian saringan air kencing diserahkan kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).Seorang warga Bangladesh yang ditahan diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia selepas didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.

"Semua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang meperuntukkan denda RM2,000 atau tiga bulan penjara atau kedua-duanya jika sabit kesalahan," katanya pada sidang media di JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini, malam tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 Mei 2016 @ 12:54 AM