Selangor tersingkir selepas tewas di Stadium Nasional Singapura. FOTO AFC
Selangor tersingkir selepas tewas di Stadium Nasional Singapura. FOTO AFC
Yasir meraikan kejayaan jaringan sulung menewaskan Selangor. FOTO AFC
Yasir meraikan kejayaan jaringan sulung menewaskan Selangor. FOTO AFC
Oleh Ferzalfie Fauzi


Kuala Lumpur: Selangor gagal melayakkan diri ke pusingan kalah mati Piala AFC apabila tumpas 1-0 kepada Tampines Rovers dalam aksi terakhir perlawanan Kumpulan E di Stadium Nasional Singapura sebentar tadi.

Skuad bimbingan Zainal Abidin Hassan itu yang hanya memerlukan keputusan seri tersentak dengan gol hasil jaringan Yasir Hanapi minit ke-31.

Selangor menamatkan saingan Piala AFC dengan berada di kedudukan ketiga dalam Kumpulan E yang menyaksikan Ceres dari Filipina bersama Tampines mara ke pusingan seterusnya.

Sebelum ini penyandang juara Piala Malaysia itu tumpas dengan jaringan sama dalam pertemuan pusingan pertama peringkat kumpulan di Stadium Shah Alam.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Mei 2016 @ 9:20 PM