Oleh Erywan Norshal


Kuala Lumpur: Quill Motorcars Sdn Bhd pengedar jentera Rolls-Royce di Malaysia, melancarkan model kereta super-mewah terbarunya menerusi Ghost Series II yang menyalurkan kuasa maksimun sehingga 563 kuasa kuda (hp), hari ini.

Jentera yang dijual bermula RM2 juta itu turut dipadankan kuasa tork setinggi 780 Nm yang mampu memecut sehingga 250 kilometer sejam (km/j).

Biarpun jentera seberat 2,470 kilogram, ia hanya mengambil 4.9 saat untuk memecut dari 0-100 km/j.

Model berkenaan menampilkan proses naik taraf teknologi secara signifikan pada pakej luarannya yang menyerlahkan evolusi perubahan terhadap nilai estetik Ghost sebelum ini.9

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Disember 2014 @ 12:17 PM