BMW X5 xDrive40e baharu. FOTO Erywan Norshal
BMW X5 xDrive40e baharu. FOTO Erywan Norshal
Erywan Norshal

Kuala Lumpur: BMW Group Malaysia memperkenalkan model pemasangan tempatan BMW X5 xDrive40e baharu selaku kenderaan plug-in hibrid premium yang dipasang di negara ini, hari ini.

Ia menerima sentuhan rekaan luaran yang eksklusif bagi menyerlahkan BMW X5 xDrive40e sebagai kenderaan aktiviti sukan (SAV) klasik.

Ia dijanakan enjin 2.0 liter TwinPower Turbo dan motor elektrik bersepadu yang diintegrasi bersama transmisi Steptronic lapan kelajuan.

Gabungan rangkaian kuasa itu membolehkan jentera berkenaan memecut antara 0-100 kilometer sejam (km/j) dalam 6.8 saat dengan kelajuan maksimum dihadkan kepada 210 km/j.

Ketika dalam mod elektrik sepenuhnya, SAV itu mampu dipandu dengan kelajuan maksimum 120 km/j.

Ia menawarkan penjimatan bahan api sekitar 3.3 liter bagi setiap 100 kilometer.

Harga runcit dengan Insentif Hibrid yang diluluskan kerajaan tidak termasuk insurans adalah RM388,800.

Tamat

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Jun 2016 @ 9:10 PM