FOTO Yusmizal Dolah Aling
FOTO Yusmizal Dolah Aling
Yusmizal Dolah Aling


Kuching: Kelibatnya sering mencuri tumpuan setiap kali pilihan raya kerana membawa bersama sebatang 'pen gajah' sejak beberapa tahun.

Selain pen besar itu, dia juga membawa bungkusan gula-gula untuk disedekahkan kepada pengundi awal yang datang membuang undi.

Pesara polis Jamel Mustapha, 77, berkata, dia mempunyai sepuluh batang pen seperti itu dan dibawa setiap kali membuang undi sejak lebih 40 tahun lalu.

"Saya menggunakan ruang di hari mengundi untuk bersedekah, semoga murah rezeki, " katanya yang bersara sejak 31 tahun lalu.

Dia menjadi pengundi pertama membuang undi di Sekolah Kebangsaan Merpati Jepang, Satok di sini, sebentar tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 Mei 2016 @ 8:52 AM