NAJIB (empat kanan) berdoa sebelum menunaikan solat Maghrib ketika majlis bacaan Yasin, tahlil dan doa kesyukuran. FOTO Khairull Azry Bidin
NAJIB (empat kanan) berdoa sebelum menunaikan solat Maghrib ketika majlis bacaan Yasin, tahlil dan doa kesyukuran. FOTO Khairull Azry Bidin
Hairulazim Mahmud


Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak menunaikan solat hajat bersama 300 jemaah sempena sambutan ulang tahun ke-70 UMNO di Surau Ar-Rahman, Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), malam tadi.

Sebelum itu Presiden UMNO turut menunaikan solat Maghrib, diteruskan dengan bacaan Yassin, tahlil, doa kesyukuran dan solat Isyak.

Solat yang diimamkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom turut disertai isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri merangkap Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Majlis itu turut disertai empat anak Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Allahyarham Datuk Wan Khair-il Wan Ahmad, Wan Emir Astar, Wan Imar Izat, Wan Iskandar dan Wan Muhammad Ama.

Turut diadakan tahlil untuk mangsa tragedi helikopter AS350 yang meragut nyawa enam penumpang termasuk Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon yang juga Ahli Parlimen Sungai Besar.

Nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, Khamis lalu turut membabitkan Wan Khair-il dan suami Noriah, Asmuni Abdullah.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Mei 2016 @ 9:42 PM